Kerjaya kelab Gökhan_Inler

Kerjaya awal

Inler memulakan kerjayanya di FC Basel sebelum menyertai FC Aarau. Pada 20 Mac 2005, beliau membuat debut liga ketika tewas 3-2 kepada Grasshoppers.

Pada Januari 2006, beliau telah diikat oleh kelab FC Zürich dan menjadi sebahagian daripada skuad yang menjuarai kejohanan Switzerland 2005–06 dan 2006–07.

Udinese

Musim 2007–08

Inler sertai Udinese pada Julai 2006 dengan bayaran tertutup dan beliau menandatangani kontrak lima tahun. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Udinese ketika menang 2-1 ke atas Torino. Pada 30 Mac 2008, Inler menjaringkan gol keduanya di Serie A dengan menjaringkan gol pembukaan ketika menang 3-1 ke atas Fiorentina. Inler juga membuat hantaran kepada Antonio Di Natale untuk melengkapkan kemenangan. Udinese menduduki tempat ke-7 liga dan layak ke pusingan pertama Piala UEFA.

Musim 2008–09

Pada perlawanan pembukaan musim 2008-09, Inler menjairngkan gol ketiga untuk pasukannya ketika melakar kemenangan 3-1 ke atas Palermo dan beliau membuat hantaran kepada salah satu jaringan Di Natale. Pada 18 September, Inler menjaringkan gol pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala UEFA menentang Borussia Dortmund di Jerman, Udinese menang 2-0. Udinese tewas 2-0 di laman sendiri pada perlawanan kedua dan walau bagaimanapun, Udinese menang 4-3 melalui penentuan penalti. Inler bermain keempat perlawanan kumpulan Udinese dan membantu pasukannya mengutip 9 mata. Pada pusingan 16, Inler bermain menentang kedua-dua perlawanan menentang kelab Rusia, Zenit St. Petersburg, Udinese menang 2-1 pada agregat. Pada suku akhir menentang Werder Bremen, Udinese tewas 3-1 pada perlawanan pertama. Tetapi pada perlawanan kedua, Inler mengejutkan tuan rumah apabila menjaringkan gol dari jarak 25 meter. Udinese akhirnya tewas 6-4 pada agregat dan tersingkir. Gol Inler ke atas Palermo merupakan satu-satunya gol beliau pada perlawanan liga musim ini tetapi beliau membuat tiga hantarak ketika menang 6-2 ke atas Cagliari pada perlawanan terakhir musim. Kemenangan itu sekali lagi meletakkan Udinese di tangga ketujuh liga dan lima mata di belakang A.S. Roma yang merupakan kelab Itali terakhir menempah tiket ke kejohanan Eropah.

Musim 2009–10

Inler melalui pada musim ini dengan sukar apabila prestasi beliau tidak memuaskan berikutan kekalahan Piala UEFA pada tahun sebelumnya. Inler tidak menjaringkan gol pada 33 kemunculan liga dan hanya membuat satu hantaran kepada Di Natale ketika tewas 2-1 kepada Internazionale. Pada 5 Jun 2010, Inler menjaringkan gol ketika bertemu Itali untuk persiapan pasukan kebangsaan menghadapi Piala Dunia FIFA 2010. Kedua-dua pasukan seri 1-1 dan Quagliarella menjaringkan gol untuk juara dunia.

Musim 2010–11

Inler meneruskan aksi teruk pada permulaan musim 2010-11 dengan tewas daripada lima perlawanan pertama mereka. Udinese kemudian menang empat perlawanan berturut-turut selepas enam perlawanan dengan kekalahan. Selepas musim sejuk, Inler membuat hantaran ketika Udinese menang 2-0 ke atas Chievo Verona pada 6 Januari 2011. Pada perlawanan sengit pada hari Ahad seterusnya, Inler membuat hantaran kepada Di Natale ketika seri 4-4 bertemu juara musim lalu, AC Milan. Inler menjaringkan gol pertamanya pada kempen ini ketika menang 3-0 ke atas Cesena. Keputusan ini menandakan Udinese tidak tewas pada tahun 2011 dengan lapan perlawanan dan mara ke tempat keenam liga. Udinese seri pada perlawanan seterusnya menentang Berscia sebelum menang pada perlawanan seterusnya termasuk 7-0 ke atas Palermo. Inler kemudian menjaringkan gol ketika menentang Catania, 2–0. Selepas tewas 2-0 kepada Lecce, Inler meneruskan aksi terbaik beliau dengan menang 2-1 ke atas Napoli. Udinese seri dengan Milan pada 22 Mei dan mengesahkan pasukan mereka menduduki tempat keempat dan merupakan kelab keempat Itali yang menempah tiket ke Liga Juara-Juara.

Napoli

Selepas melakukan aksi terbaik di Udinese dan membantu kelab itu menduduki tempat keempat di Serie A, spekulasi mula memuncak tentang perpindahan Inler. Pada Mei 2011, Inler bersetuju selepas melakukan rundingan dengan SSC Napoli untuk perpindahan pemain Switzerland itu dengan bayaran 13 juta euro. Pada Julai, beliau memakai jersi 88. Beliau membuat debut untuk Napoli ketika menang 3-1 ke atas AC Cesena pada 10 September. Inler membuat hantaran kepada Federico Fernández ketika tewas 3-2 kepada Bayern Munich pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 2 November. Pada perlawanan yang sama, beliau melakukan terjahan dengan Bastian Schweinsteiger yang menyebabkan pemain antarabangsa Jerman itu mengalami keretakan tulang bahu. Pada 7 Disember 2011, Inler menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli pada perlawanan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara menentang Villareal.

Pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Chelsea, Inler berjaya menjaringkan gol pada perlawanan kedua untuk menghantar perlawanan ke masa tambahan. Jaringa lewat perlawanan oleh Branislav Ivanovic telah menghantar Chelsea ke suku akhir dengan kemenangan 5-4 pada agregat. Pada 25 April 2012, Inler membuat dua hantaran kepada Marek Hamsik dan Edinson Cavani ketika menentang Lecce dan berjaya naik ke tangga keempat liga.

Pada 3 Mei 2014, Inler dibuang padang ketika Napoli melakar kemenangan ke atas Fiorentina pada perlawanan akhir Coppa Italia 2014.